SERDANG: Bekalan elektrik 10 premis termasuk sebuah rumah kedai di sekitar Puchong dan Serdang yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian dalam talian dipotong hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pemotongan elektrik tersebut dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Beliau berkata, berdasarkan risikan polis dan maklumat daripada orang awam, polis mengesyaki kemungkinan premis-premis tersebut sebahagian daripada satu…










