Tertuduh kes tembak KLIA mengaku bersalah

Tertuduh kes tembak KLIA mengaku bersalah

HAFIZUL Hawari (tengah) menukar pengakuan kepada bersalah atas tujuh dakwaan termasuk memiliki senjata api.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pengurus syarikat agensi pelanco­ngan, Hafizul Hawari, 39, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api selepas lebih 10 bulan prosi­ding perbicaraan kes tersebut dija­lankan, menukar pengakuan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hafizul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan tersebut dibacakan semula di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk fakta kes dan prosiding jatuh hukuman.

Prosiding itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman.

Hafizul sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk kes melibatkan senjata api di Mahkamah Sesyen pada 24 April 2024.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki senjata api jenis pistol bertulis Glock 19 Austria, made in Turkey yang menyalahi undang-undang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum sebanyak enam kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memiliki 33 butir amunisi atau peluru jenis PMC 380 Auto tanpa lesen sah dan dituduh mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan ketiga, Hafizul didakwa memiliki satu bungkusan plastik mengan­dungi mercun bola tanpa permit yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Mengikut pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa memiliki tiga ke­ping MyKad milik individu lain berusia 29, 34 dan 35 tahun yang boleh di hukum di bawah Peraturan 25 (1) (o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Bagi pertuduhan ketujuh, Hafizul didakwa memandu sebuah kereta Honda Civic de­ngan mempamerkan nombor pendaftaran palsu mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesemua kesalahan itu dilakukan dalam sebuah kereta Honda Civic di pekarangan Hospital Pakar KPJ Perdana kira-kira pukul 2 petang pada 15 April 2024.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Hafizul ditahan di Kota Bharu selepas 36 jam diburu polis.

Lelaki itu telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 kira-kira pukul 1.20 pagi pada 14 April 2024.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu merupakan isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie terselamat dan polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN