RM5,000 upah baling cat, pecah cermin kereta

RM5,000 upah baling cat, pecah cermin kereta

TANGKAP layar menunjukkan dua lelaki melakukan khianat dengan merosakkan cermin sebuah kereta di Kampung Tengah, Kluang pada 31 Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Tertarik dengan upah sebanyak RM5,000 hanya dengan membaling cat dan memecahkan cermin kereta di rumah mangsa mendorong dua lelaki untuk melakukan pekerjaan itu pada Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi di Kampung Tengah, di sini pukul 31 Januari lalu menyebabkan seorang lelaki warga Singapura mengalami kecederaan. 

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 37 tahun berjaya ditahan, namun dua lagi suspek yang dipercayai terlibat sama dalam jenayah itu berjaya melarikan diri.

“Walau bagaimanapun, seorang lelaki berusia 31 yang dipercayai salah seorang yang berjaya melarikan diri tempoh hari telah ditangkap di tepi Jalan Tangkak, Taman Durian Tunggal di Durian Tunggal, Melaka pada pukul 2.30 pagi semalam. 

“Hasil soal siasat, kedua-dua tangkapan itu telah mengaku telah diajak oleh seorang lagi suspek yang masih bebas untuk melakukan kerja membaling cat dan memecah cermin kereta di rumah pengadu pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Suspek yang masih bebas berjanji akan membayar upah kepada kedua-duanya sebanyak RM 5,000 apabila kerja selesai.

Kedua-dua suspek ditahan reman hingga esok untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×