Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia siap 8 Feb

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia siap 8 Feb

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tapak Simulasi Bencana yang sedang dibina di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada 8 Februari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pusat simulasi milik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertujuan meningkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme anggota SMART dalam mendepani segala bentuk kemungkinan bencana yang berlaku.

“NADMA juga bercadang untuk menjadikan Tapak Simulasi Bencana atau Pusat Simulasi ini sebahagian dari modul latihan yang akan dijadikan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Negara (myCEDM),” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN