KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan melaksanakan program penamatan pekerja berikutan tekanan pasaran global yang tidak lagi mampu ditanggung oleh syarikat minyak kebangsaan itu. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, kumpulan Petronas itu harus menerima hakikat bahawa perubahan radikal perlu dilakukan oleh Petronas untuk berdaya maju. Katanya, tempoh masa yang ada untuk Petronas berubah dan melakukan transformasi perlu berlaku sekarang…