Penunggang motosikal maut digilis selepas tercampak di jalan

Penunggang motosikal maut digilis selepas tercampak di jalan

MANGSA tercampak ke atas jalan dan kemudiannya dilanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Subang - Sungai Buloh, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar dan digilis beberapa buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Subang – Sungai Buloh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut kira-kira pukul 6.15 pagi berdekatan sebuah stesen minyak di Kampung Baru.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal berseorangan terbabas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Manjalara, Kuala Lumpur, dari Kota Damansara.

“Mangsa tercampak ke atas jalan dan kemudiannya dilanggar beberapa buah kenderaan, mengakibatkan kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-394 0423 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya