SHAH ALAM: Kesemua 22 pemimpin dan pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd. Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Pengakuan tersebut direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka sekali lagi di Mahkamah Tinggi, di sini semalam. Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesemua tertuduh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah…