Najib teruja beritahu dapat dana Arab Saudi

Najib teruja beritahu dapat dana Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi, Prof. Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bekas Perdana Menteri kelihatan teruja apabila memberitahunya berhubung bantuan dana daripada Arab Saudi.

Saksi pembelaan kelima itu menyatakan, makluman berhubung bantuan dana itu diberitahu oleh Najib kepadanya selepas bekas Presiden UMNO itu bertemu dengan Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah dalam satu mesyuarat tidak rasmi pada 11 Januari 2010 di Riyadh.

“Semasa mereka berjalan keluar dewan saya nampak Raja Abdullah bersalaman dengan Najib. Najib nampak `excited’ semasa datang ke arah saya. Beliau kemudian beritahu kita berjaya, kita dapat bantuan dana. Tetapi apa bentuk, tidak tak tahu,” ujarnya.

Saksi itu turut memberitahu beliau tidak mendengar perbualan di antara Raja Abdullah dan Najib kerana berada jauh di belakang mereka ketika itu.

Terdahulu, saksi berkenaan memberitahu selepas mesyuarat tidak rasmi tersebut selesai, beliau melihat Raja Abdullah dan Najib meninggalkan tempat mesyuarat dan berjalan jauh ke tengah dewan dan berbincang sesama mereka dengan tekun.

Syed Omar juga ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar berulang kali menyatakan ‘apa tak tau’ apabila dirujuk mengenai jenis bantuan dana yang akan diberikan.

Najib kini dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 14 Feb 2011 dan 19 Disember 2014.

Beliau juga didakwa atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN