NARATHIWAT, THAILAND: Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini menetapkan keputusan kes dadah melibatkan penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin dan suami serta empat lagi rakannya pada 6 Mac ini.
Keputusan itu dibuat hakim selepas mendengar keterangan semua tertuduh dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding perbicaraan yang berlangsung selama tiga hari iaitu 11, 13 dan 14 Februari lalu.
Terdahulu semalam, suami penyanyi terbabit, Mohd. Affendi Ahmad, 35, selesai memberikan keterangan bersama dua lagi tertuduh Mohamad Alif Deraman, 33, dan Nur Aida Mamat, 33.
Hari ini Eda Ezrin bersama dua lagi rakannya iaitu Erdieka Mohd. Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, selesai memberikan keterangan.
Penyanyi wanita sohor Kelantan menjadi individu pertama yang memberi keterangan selama satu jam berkait kes berkenaan. – UTUSAN