ROMPIN: Ibu Pejabat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menumpaskan kegiatan melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Muadzam Shah di sini. Kejayaan itu menerusi Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan pukul 12 tengah hari, kelmarin. Briged Tenggara PGA dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan dua lelaki warga Kemboja dan mereka gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah. “Polis dan…










