Legoland Malaysia catat rekod cipta Ular Lego terpanjang

Legoland Malaysia catat rekod cipta Ular Lego terpanjang

PETUGAS Legoland bersama replika Ular Lego sepanjang 338 meter yang mendapat pengiktirafan MBOR sebagai Ular Lego terpanjang di Malaysia di Legoland Malaysia, Iskandar Puteri, Johor semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Taman tema, Legoland Malaysia Resort (Legoland) sekali lagi memecah rekod sendiri apabila berjaya mencipta replika Ular Lego sepanjang 338 meter.

Kejayaan itu sekali lagi mencatatkan sejarah dan menerima pengiktirafan daripada pihak Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Ular Lego terpanjang di Malaysia.

Timbalan Presiden Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, idea untuk membina replika Ular Lego itu adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Tahun Baharu Cina kali ini adalah tahun ular mengikut kalendar lunar Cina jadi kami sebagai taman tema terke­muka terpanggil untuk mencipta Ular Lego sekali lagi.

“Kali ini kami menghasilkan Ular Lego sepanjang 338 meter, memecah rekod pada tahun 2013 yang mana kami pernah cipta rekod sama tetapi ketika itu Ular Lego sepanjang 318 meter,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil pengiktirafan daripada pe­gawai MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah di sini semalam.

Mengulas lanjut Lim berkata, replika Ular Lego itu direka Merlin Magic Making (MMM) menggunakan lebih satu juta lego dan mengambil masa kira-kira 400 jam untuk disiapkan.

Ujarnya, lebih manis seramai 5,000 kakitangan dan pe­ngunjung terlibat menghasilkan rekaan unik termasuk bentuk kepala, badan dan ekor menyerupai ular gergasi.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini, terutama kerana ia dibina secara bersama sebagai satu komuniti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN