ALOR SETAR: Para petani menyifatkan kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,500 per tan metrik bermula Ahad ini dapat menampung sebahagian daripada peningkatan kos pertanian yang dihadapi mereka. Ahli Jemaah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan Sungai Manik, Masrup Sukir berkata, keputusan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan mendengar suara pesawah terhadap berhubungan harga lantai belian padi sebelum ini rendah. “Saya mewakili pesawah di Labu Kubong, Sungai Manik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan…










