Johor lawan naratif JS-SEZ tak beri manfaat kepada rakyat

Johor lawan naratif JS-SEZ tak beri manfaat kepada rakyat

ONN Hafiz Ghazi (tengah) merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Data ST Telemedia di Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan melawan naratif negatif bahawa pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya mahu memastikan rakyat dan syarikat tempatan terlibat dalam pembangunan ekonomi yang diwujudkan menerusi inisiatif tersebut.

Beliau berkata, Johor kini memberi fokus terhadap usaha pembangunan bakat tempatan dan meningkatkan kemahiran kerja bagi menjamin peluang masa depan lebih baik dan berpendapatan tinggi.

“Kami tidak mahu adanya khabar angin mengatakan pe­la­buran yang banyak ke Johor ti­dak memanfaatkan rakyat tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sebaliknya, ini adalah peluang terbaik buat semua pihak melibatkan diri.

“Selain itu, Johor menerusi Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) juga akan bekerjasama dengan syarikat pusat data Singapura, ST Telemedia Global Data Centres dalam melahirkan tenaga kerja profesional bidang berkenaan,” katanya semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Kampus Pusat Data Pengkomputeran Berprestasi Tinggi, di sini semalam.

Pusat data itu dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun depan dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui.

Pusat itu diwujudkan bagi  menampung keperluan  penyimpanan data serta penggunaan sistem pengkomputeran berprestasi tinggi yang sema­kin meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN