Anwar, Minh Chinh bertemu, kukuhkan hubungan Malaysia-Vietnam

Anwar, Minh Chinh bertemu, kukuhkan hubungan Malaysia-Vietnam

ANWAR Ibrahim bersama Minh Chinh dalam pertemuan di Hanoi bagi membincangkan kerjasama serantau antara Malaysia-Vietnam. - GAMBAR/FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, Pham Minh Chinh di Hanoi, Vietnam awal pagi tadi.

Perdana Menteri berkata, dalam sesi sarapan pagi itu sempena lawatan kerja beliau ke negara anggota ASEAN itu, beberapa perkara turut dibincangkan bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara.

“Malaysia percaya bahawa hubungan yang kukuh antara negara serantau adalah kunci kepada kestabilan dan kemakmuran bersama.

“Kita tidak boleh sekadar melihat ke belakang, tetapi perlu melangkah ke hadapan dengan strategi perencanaan yang jelas dan tindakan yang memberi dampak positif yang nyata kepada rakyat dan ekonomi negara,” kata beliau di media sosial miliknya hari ini.

Anwar tiba di Hanoi malam tadi dan menyampaikan ucap tama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN