HULU TERENGGANU: Kanak-kanak perempuan yang cedera parah dalam kemalangan meragut nyawa ibu dan kakaknya di Kampung Kepah, di sini belum sedarkan diri walaupun sudah lebih seminggu kejadian itu berlaku. Bapa kanak-kanak, Tun Mohd. Khairul Tun Arifin, 39, berkata, anaknya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ), Kuala Terengganu dan terpaksa ditidurkan kerana kecederaan dalaman dialaminya. “Sehingga kini dia belum sedarkan diri.…










