KUALA LUMPUR: Seramai 72,385 murid tahun satu berjaya menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) menerusi program intervensi di bawah Kementerian Pendidikan sepanjang 2024. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah itu merangkumi pelajar tahun satu yang melalui saringan Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi. “Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Program Intervensi Fasa 1 dari bulan Julai hingga September 2024. Hasilnya, 39.58 peratus atau 48,308 murid berjaya menguasai kemahiran asas…