Wang KWSP habis, terpedaya pelaburan tidak wujud

RM666,546 KWSP warga emas lebur terpedaya pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki berusia 61 tahun mengalami kerugian sebanyak RM666,546 selepas dipercayai terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang bekerja sebagai ejen insurans tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam selepas menyedari ditipu.

Menurutnya, mangsa telah menggunakan kesemua wangnya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan turut meminjam wang ratusan ribu daripada rakan semata-mata untuk menyertai pelaburan itu.

“Rakannya langsung tidak mengetahui mangsa terperdaya dengan sindiket pelaburan itu kerana mangsa menyatakan wang tersebut ingin digunakan untuk memberikan sumbangan kepada rakan lain.

“Mangsa ditawarkan oleh sindiket dengan kononnya akan mendapat pulangan sebanyak RM1.5 juta dalam masa singkat sekiranya melabur sebanyak RM250,000,” katanya kepada pemberita semalam.

Kata Chang Hook, mangsa mula melihat iklan oleh sindiket itu di Facebook pada 27 September tahun lepas dan berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan pulangan dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat.

“Atas tujuan itu pelaburan itu, mangsa telah membuat sebanyak 24 transaksi secara berperingkat dari 5 Oktober tahun lalu hingga 7 Januari ke lima akaun berbeza dengan transaksi permulaan sebanyak RM4,220.

“Jumlah keseluruhan pembayaran yang dibuat oleh pengadu sebanyak RM666,546. Mangsa dijanjikan akan mendapat pulangan tetapi sehinga kini tidak menerima sebarang pulangan serta masih lagi diminta wang untuk pelbagai urusan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×