Van Thailand bawa pelancong boleh masuk, tapi bersyarat

Van Thailand bawa pelancong boleh masuk, tapi bersyarat

Laporan Utusan Malaysia 27 Januari 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan boleh membenarkan kemasukan van Thailand yang membawa pelancong ke negara ini dengan bersyarat iaitu perlu diiringi pemandu pelancong tempatan.

Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Yang Berle­sen Negeri Kelantan (3PK), Wan Saiful Azwal Wan Mohamad berkata, langkah bersifat situa­si menang-menang itu mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada ahli persatuan itu.

“Selain itu, kami mahu pelancong Thailand mendapat maklumat lebih jelas berkait satu-satu produk pelancongan di Malaysia.

“Hal ini penting supaya pelancong asing dapat menyampaikan maklumat tetap sekali gus membantu mempromosikan keindahan Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Wan Saiful Azwal berharap pihak berkuasa dapat melakukan pemeriksaan berkala bagi menggelakan van tersebut di­salah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, akhbar ini me­laporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan banyak van dari Thailand me­nyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) untuk me­ngambil dan menghantar pelancong di negara ini sejak 1 Januari lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ke­salahan itu dikesan hasil Operasi Saman Tertunggak Kende­raan Pendaftaran Asing Thailand (Op Tunggak) yang dijalankan sehingga 24

Januari lalu di empat negeri bersempadan dengan Thailand iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis.

Menurutnya, melalui menerusi operasi itu JPJ mendapati van dari Thailand memohon ICP tetapi tidak mematuhi undang-undang mengikut Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN