Usah kecam, Sissy Imann ada potensi – Alif Satar

Usah kecam, Sissy Imann ada potensi – Alif Satar

SISSY Iman dipilih sebagai hos Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar, 35, menyifatkan pemilihan Sissy Imann dan Naz Rahman sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) adalah satu keputusan tepat dalam usaha memberi suntikan dan nafas baharu buat majlis berprestij yang akan berlangsung pada 16 Februari ini. 

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar berkata, pemilihan itu wajar memandangkan dari kaca matanya, hos terutamanya Sissy, sangat berpotensi untuk menyerlah dalam bidang pengacaraan. 

“Saya setuju dengan pemilihan mereka. Sissy terutamanya, bagi saya, dia sangat berpotensi dalam bidang pengacaraan. Bukan dia tidak pernah menjadi pengacara sebelum ini dan kita boleh tengok dia mempunyai kemajuan yang sangat baik.

“Tidak cuma itu, dia juga seorang penyanyi dan pemuzik, jadi dia secara tidak langsung memiliki ilmu dalam bidang muzik itu sendiri. Jadi jika dia mengacara di pentas AJL nanti, dia akan terlihat sebagai seorang pengacara yang berilmu. 

“Saya percaya dengan bakat dan kebolehan Sissy. Tak mengapa kalau dikecam sebelum ‘ber­aksi’, saya dahulu pun pernah berada dalam situasi itu. Tetapi kalau boleh usahlah kecam dirinya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. 

Selain itu, kongsi bekas pe­ngacara AJL ini lagi, dia juga percaya industri pengacaraan memerlukan wajah-wajah baharu demi mewujudkan suasana dengan persaingan lebih sihat. 

“Pada saya, bagus jika kita ada pelapis-pelapis baharu. Tidak cuma dalam bidang muzik, lakonan dan sebagainya, bidang pengacaraan juga boleh diterokai jika seseorang itu mempunyai bakat dan kriteria yang menepati. 

“Jika tidak, kita akan lihat wajah-wajah yang sama sahaja menjadi hos atau pengacara. Penonton juga akan cepat berasa bosan. 

“Jadi jika ada wajah-wajah baharu, sudah tentu saya dan rakan industri lain akan sama-sama memberikan soko­ngan dan galakkan,” katanya. 

Terdahulu, keputusan TV3 memilih Sissy Imann dan Naz Rahman sebagai hos AJL39 mendapat kritikan ramai de­ngan ada segelintir daripada warganet menyifatkan Sissy terlalu mentah dan tidak sesuai untuk posisi itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×