PETALING JAYA: Majikan dan syarikat disaran melaksanakan sistem kerja hibrid bagi membuka peluang kepada anak muda luar bandar bekerja dengan syarikat di Kuala Lumpur tanpa perlu berhijrah, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kawasan bandar. Menurut laporan tinjauan From Restrictions to a Resilience oleh Unispace Group, sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan penyusunan kerja hibrid berbanding dengan kadar global iaitu sebanyak 87 peratus. Berdasarkan laporan tersebut, peratusan itu berada…










