PETALING JAYA: Rakyat Malaysia dinasihatkan berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pakej umrah yang ditawarkan dengan harga terlalu murah dan tidak munasabah. Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Dr. Wan Muhamad Adam Wan Norudin berkata, pakej sebegini selalunya tidak lengkap dan tidak setara dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam industri umrah. Katanya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sudah menyediakan portal rasmi yang…










