Mohd Isa Samad kekal dipenjara

Mohd Isa Samad kekal dipenjara

MOHD. ISA ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Datuk Seri Mohd Isa Abdul Samad kekal dipenjara selepas Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi menolak semakannya terhadap keputusan yang mengembalikan sabitan salah serta hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak, 12 tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Azizah Nawawi sebulat suara menolak semakan itu selepas mendapati panel Mahkamah Persekutuan yang berbeza tidak terkhilaf apabila mengembalikan sabitan salah serta hukuman.

“Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah memberikan peluang kepada pihak pembelaan. Bagaimanapun, pihak pembelaan memilih untuk tidak membuat sebarang hujahan (berhubung sabitan dan hukuman).

“Kami dapati tiada sebarang salah laksana keadilan (miscarriage of justice) dna oleh itu, semakan ditolak,” katanya.

Turut bersidang dalam panel sama ialah Hakim Datuk Collin Lawrece Sequerah dan Datuk Ravinthran Paramaguru. – UTUSAN

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN