SEREMBAN: Selepas 35 tahun terbiar dan dalam keadaan usang, Surau Taman Rasah Jaya di sini dibuka semula semalam dengan aktiviti pengimarahan. Pengerusinya, Ahmad Kamal Bahrin Abdul Rahman, 63 berkata, sebelum ini keadaan surau berkenaan usang dan terbiar sehingga dipenuhi rumput lalang di persekitarannya. “Keadaan bangunan asal surau ini sangat menyedihkan dengan keadaan bumbung yang rosak serta struktur bangunan yang pecah, ditambah pula keadaan persekitaran yang dipenuhi lalang yang tinggi. “Bagaimanapun…