KUALA LUMPUR: Taktik seorang warga Bangladesh merayu-rayu meminta dilepaskan gagal apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandunya tetap disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Raja Laut, di sini semalam. Tinjauan Utusan Malaysia sewaktu operasi tersebut mendapati MPV itu antara sembilan kenderaan dipandu warga asing yang disita dalam operasi penguatkuasaan selepas mereka didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah. Ketika ditahan, lelaki…










