KOTA BHARU: Sepasang suami isteri warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 bulan sehingga mengakibatkan kematiannya, Disember tahun lalu. Munna Abdu Salam, 34, dan Fatima Abul Hashim,18, mengangguk faham terhadap pertuduhan itu selepas dibacakan secara bersama oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai orang yang mempunyai hak pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki,…