Lembu berkeliaran bahayakan pengguna jalan raya

Lembu berkeliaran bahayakan pengguna jalan raya

LEMBU berkeliaran sehingga atas jalan raya ketika tinjauan di Pasir Salak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pengguna jalan raya yang melalui Kampung Teluk Memali di sini berdepan risiko kemalangan berikutan lembu berkeliaran di jalan tersebut.

Pengguna berkata, mereka kerap melihat lembu di laluan sama, malah ada yang hampir kemalangan ketika mahu mengelak haiwan tersebut sehingga membahayakan pengguna terutama pada waktu malam.

Seorang pengguna, Rohkiah Mohamad Amim, 35, berkata, isu lembu berkeliaran di jalan itu sudah lama berlaku dan dia rasa kesal kerana ia disebabkan sikap pemilik haiwan membiarkan haiwan ternakan sehingga ke jalan raya.

“Saya sendiri pernah hampir terlanggar lembu di laluan ini, tiba-tiba saja haiwan itu keluar dari kawasan hutan. Membiarkan haiwan ternakan merayau hingga ke jalan raya satu sikap yang tidak bertanggungjawab kerana ia membahayakan orang lain” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, penduduk Kampung Redang Punggor, Abdul Khamis Abdullah, 56, berkata, dia juga pernah hampir melanggar lembu di atas jalan raya ketika berulang alik menggunakan laluan di kampung tersebut.

“Bagi mengelak kemalangan, pemilik perlu bertanggungjawab. Saya juga berharap pihak berwajib mengambil tindakan tegas,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN