Keluarga OKU mental tunggu siasatan, pendakwaan

Keluarga OKU mental tunggu siasatan, pendakwaan

DUA suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pukul lelaki orang kurang upaya (OKU) diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Keluarga lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dibelasah di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini, Jumaat lalu akan menentukan tindakan susulan ke atas pelaku selepas polis menyelesaikan siasatan dan pendakwaan.

Peguam Khairul Amin Abdullah berkata, keluarga Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, ada menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan sivil terhadap pelaku, namun perbincangan secara terperinci belum dilakukan.

“Setakat ini, kita tengok dahulu bagaimana siasatan dan pendakwaan kes jenayah ini dan kami akan berbincang mengenai tindakan sivil selepas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, keluarga dan peguam mengalu-alukan pihak lain yang ingin bersama-sama membawa kes ini (tindakan saman) untuk membantu keluarga ini,” katanya semalam.

Khairul Amin berkata, tindakan sivil itu akan diambil berikutan insiden itu bukan hanya mengaibkan mangsa dan keluarga, malah kelakuan pelaku yang menyepak, memukul dan mengheret mangsa sangat tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, dia telah bertemu dengan keluarga Ahmad Nor Al Faizan dan mangsa masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Keadaan Paijang (Ahmad Nor Al Faizan) semakin baik dan hanya menunggu masa untuk dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat lalu lelaki OKU mental, Ahmad Nor Al Faizan cedera selepas dipukul, disepak dan diheret di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.

Video mengenai insiden itu tular dalam media sosial dan mengundang simpati ramai yang menyifatkan tindakan pelaku adalah di luar batas kemanusiaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini