PETALING JAYA: “Kami tidak akan pulang selagi gencatan senjata ini hanya bersifat sementara.” Demikian luahan seorang rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Palestin, Nurul Ain Haron yang berkongsi beliau tidak akan pulang selagi keadaan di Gaza masih belum stabil meskipun gencatan senjata sudah diumumkan. Katanya, gencatan senjata yang dilaksanakan ketika ini hanyalah sebahagian daripada fasa pertama perjanjian yang berlangsung selama 42 hari kerana bimbang situasi mungkin berubah selepas perjanjian memasuki…