PUTRAJAYA: Malaysia akan terus memberikan sokongan berterusan kepada pelajar Palestin dalam peluang dan akses pendidikan tinggi melalui kerjasama dalam bidang itu antara kedua-dua negara.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerjasama itu diperluaskan antara pihak unversiti di Malaysia dan Palestin.
“Malaysia sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah jambatan harapan, keamanan dan masa depan.
“Atas semangat itu, kita akan terus memainkan peranan membantu rakyat Palestin membina semula kekuatan bangsa melalui ilmu dan pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Zambry menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Alqedra, di Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini semalam. – UTUSAN










