Hamas di Gaza sambut baik perjanjian AS-Iran - Utusan Malaysia

Hamas di Gaza sambut baik perjanjian AS-Iran

GAMBAR fail beberapa pejuang Hamas di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pergerakan Islam Palestin, Hamas, pada Isnin menyambut baik perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dan menyatakan harapan bahawa ia dapat membantu menamatkan keganasan di Semenanjung Gaza.

Israel dan Hamas hampir setiap hari saling menuduh melanggar gencatan senjata, manakala Semenanjung Gaza terus dibelenggu pertumpahan darah apabila usaha untuk menamatkan perang secara kekal masih menemui jalan buntu.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, ia mengalu-alukan perjanjian memorandum persefahaman yang diumumkan antara Republik Islam Iran dan AS dan  mengucapkan tahniah kepada sekutunya, Iran, atas keteguhan  dalam menghadapi tekanan dan cabaran.”

“Kami berharap perjanjian ini akan menjadi satu langkah yang menyumbang kepada peningkatan kestabilan serantau dan memberi kesan positif kepada pelbagai isu serantau, terutama penghentian segera pencerobohan Zionis yang berterusan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selain menamatkan serangan serta pelanggaran berulang terhadap Lubnan termasuk semua medan lain,” katanya.

Sekurang-kurangnya 992 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober tahun lalu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang beroperasi di bawah pentadbiran Hamas dan angka-angkanya dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera Israel pula melaporkan lima anggota mereka terbunuh dalam tempoh yang sama.

Terdahulu pada Isnin, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata pasukan negara itu akan kekal di Lubnan, Syria dan Gaza untuk tempoh yang tidak ditetapkan, hanya beberapa jam selepas Amerika serta Iran bersetuju untuk menamatkan perang di Asia Barat termasuk di Lubnan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN