JERANTUT: Perubahan sikap jarang keluar rumah seolah-olah menjadi petanda perkara buruk berlaku ke atas seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang, dekat sini, kelmarin. Bapanya, Zaiful Afindi Hashim berkata, lazimnya anaknya itu, Azri Fahmi, 14, keluar bertemu rakan-rakanya pada sebelah petang, iaitu selepas sesi persekolahan. Namun, katanya, dia lebih banyak berada di rumah mereka di Taman Desa Desa Indah, di sini sejak sebulan lalu jika tiada latihan bola…