Jalan sesak bukan punca Cameron Highlands lengang

Jalan sesak bukan punca Cameron Highlands lengang

WAN Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung sempena Perasmian Karnival Makmur Pahang Peringkat Daerah Lipis di Felda Sungai Koyan di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kesesakan jalan raya bukan punca Cameron Highlands semakin kurang dikunjungi termasuk ketika cuti Tahun Baharu Cina dan persekolahan kali ini.

Sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengunjung datang bercuti ke kawasan tanah tinggi tersebut seperti biasa terutama cuti hujung minggu.

“Hakikatnya pengunjung datang macam biasa, bukan selalu sesak, hanya hari Sabtu dan Ahad, hari lain tiada,” katanya sempena Perasmian Karnival Makmur Pahang Peringkat Daerah Lipis di Laman Sejahtera Jelai di Felda Sungai Koyan di sini, semalam.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, kedatangan pelancong ke kawasan tanah tinggi Ca­meron Highlands berkurangan pada musim cuti sekolah yang bermula sejak seminggu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, pihak berwajib sudah mengeluarkan notis pemberitahuan secara meluas bagi memaklumkan laluan ke Cameron Highlands kembali selamat untuk dikunjungi.

“Pemantauan berkala yang dilakukan mendapati tiada sebarang halangan pada mana-mana laluan yang menghala ke Cameron Highlands seperti dari Tapah, Simpang Pulai, Sungai Koyan dan Gua Musang.

“Oleh itu, para pengunjung dan pelancong dari luar dan dalam negara tidak perlu khuatir sekiranya mempunyai perancangan melancong ke Cameron Highlands,” katanya.

Beliau turut menasihati agar orang ramai merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN