Hiasan leher corak batik antara cenderamata delegasi ASEAN

Hiasan leher corak batik antara cenderamata delegasi ASEAN

NOR Ashikin Nor Majid menunjukkan Batiq Choker di bawah jenama Ash Majid yang dijadikan cenderamata kepada isteri delegasi sempena Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) dalam Kepengerusian ASEAN 2025 di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Selain menikmati suasana kedamaian dan keindahan Pulau Langkawi, delegasi ASEAN bersama pasangan akan turut membawa cenderamata yang dihasilkan di pulau peranginan itu.

Arca burung helang yang menjadi identiti pulau itu diperbuat daripada kristal manakala hiasan leher batik antara karya seni berkualiti tinggi disediakan sempena Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) dalam Kepengerusian ASEAN 2025.

Pengusaha bengkel kaca kristal, Kamarul Faizy Roslan berharap arca helang kristal yang dihasilkannya itu dapat mempromosikan Pulau Langkawi selain produk-produk kraf yang ada di sini kepada delegasi ASEAN.

Katanya, walaupun menghadapi beberapa cabaran untuk menghasilkan arca helang tersebut termasuk kesuntukan masa, namun dia gembira kerana berjaya menyiapkannya.

“Acara ASEAN ini adalah acara yang besar, sudah semestinya mereka minta yang terbaiklah, bukan yang biasa. Jadi berkali-kali jugalah kami buat. Selalunya ambil masa tiga bulan untuk siapkan semua cenderamata tapi kami kena buat dalam masa sebulan.

“Mujur kita dapat atasi masalah-masalah dan kita dapat hasilkan. Daripada situ kita tahu had kita, sejauh mana kita boleh buat, kalau tidak ada cabaran dan dorongan baharu kita tidak akan dapat hasilkan produk yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, pengusaha kraf aksesori Nor Ashikin Nor Majid pula menghasilkan hiasan leher batik atau Batiq Choker untuk dijadikan cenderamata kepada isteri delegasi ASEAN sempena acara pemukiman itu.

Katanya, setiap perhiasan diperbuat daripada batik tempatan dari beberapa negeri yang digubah khas untuk disesuaikan dengan karakter dan ciri-ciri yang ada pada setiap isteri delegasi.

“Kami mengambil masa yang lama untuk mendalami setiap karektor dan personaliti mereka secara individu agar hiasan lehe yang dihasilkan menepati dan sesuai dengan mereka.

“Tema batik dipilih untuk kita promosikan batik Malaysia yang sebenarnya cukup unik dan cantik, jadi hiasan ini bukan sahaja dapat mempromosi Langkawi sebagai produk kraf tempatan dari sini tetapi juga Malaysia,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN