PASIR PUTEH: Lebih 30 peniaga warung dan pengusaha keropok di Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Pachakan di sini, diselubungi resah apabila mendakwa premis mereka bakal lenyap ditelan hakisan. Andaian itu berasas apabila jarak pantai dengan premis hanya tinggal 50 meter dan situasi tersebut memberi kesan kepada perniagaan mereka. Seorang perniaga, Shila Ghazi berkata, sekiranya langkah segera tidak diambil terutama pembinaan benteng, kemungkinan besar Pantai Bisikan Bayu lenyap dari peta destinasi…