PETALING JAYA: Cadangan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bukan datangnya daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), sebaliknya melibatkan Jawatankuasa Penasihat dan Tindakan Perubatan (MAAC). Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr. Adnan Mat berkata, perkara itu telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sehingga mencetuskan polemik. “Oleh itu, tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan kumpulan pegawai ini tanpa asas yang kukuh. PTD sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melaksanakan…