BNM perlu ketat kelulusan pinjaman penjawat awam

BNM perlu ketat kelulusan pinjaman penjawat awam

BANK NEGARA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) perlu meneliti semula polisi pinjaman daripada semua institusi kewangan dengan mengetatkan proses kelulusan terutama dalam kalangan penjawat awam.

Setiausaha Agong Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata, pemantauan juga perlu dilakukan BNM terhadap semua bank yang menawarkan proses pinjaman dengan kadar kelulusan mudah dan singkat.

Katanya, ini kerana terdapat keraguan dalam proses tersebut yang dilihat seolah-olah cuba menggunakan jalan singkat.

“Adakalanya kita boleh lihat bagaimana bank cuba bersaing menawarkan kadar kelulusan pinjaman yang cepat dan mudah terutama untuk penjawat awam. Ini menimbulkan keraguan.

“Dalam masa sama, kita tidak boleh menafikan ada kelemahan dalam prosedur lain. Sebab itu BNM perlu buat pemantauan semula dengan lebih ketat terhadap semua institusi kewangan di negara ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Sebelum ini Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar perbuatan pegawai bank yang menerima komisen sehingga RM5,000 untuk meluluskan pinjaman kepada penjawat awam.

Pegawai terbabit dipercayai mengambil komisen antara 0.5 sehingga satu peratus bagi meluluskan pinjaman yang dibuat.

Tambah Solomon, tindakan bank yang memberi jaminan kelulusan kadar pinjaman dalam tempoh singkat turut menimbulkan keraguan sama ada polisi berkenaan dibenarkan BNM atau tidak.

Dalam pada itu, Solomon berkata, setiap kakitangan bank tidak dibayar komisen sama sekali daripada peminjam.

“Pegawai bank yang meluluskan proses pinjaman tidak mene­rima komisen daripada peminjam atau mana-mana pihak luar sebab mereka sudah pun dibayar gaji.

“Itu juga tanggungjawab mereka untuk mengendalikan proses pinjaman. Jadi ia memang satu kesalahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN