Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem diputus sesat

Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem diputus sesat

Nooh Gadut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengikut ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem percaya bahawa terdapat pihak lain yang terbabit dan berperanan dalam penciptaan manusia serta alam selain Allah SWT.

Selain daripada membuat dakwaan menghina dan palsu terhadap para Rasul, Nabi dan isteri-isteri mereka, ajaran tersebut turut berpegang kepada konsep kelahiran semula manusia selepas mati atau reincarnation.

Ajaran itu turut mendakwa perbuatan homoseksual belum diharamkan pada zaman Nabi Lut dan perbuatan tersebut bukanlah suatu kesalahan.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Datuk Dr Nooh Gadut berkata, pihaknya memutuskan ajaran tersebut sebagai sesat dan menyeleweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pega­ngan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Katanya keputusan tersebut berdasarkan hujah dan fakta dikemukakan penyelidik menerusi kajian dan dapatan dilakukan terhadap kandungan ceramah, pengajaran ucapan dan dialog disampaikan menerusi media digital.

“Mana-mana individu atau kumpulan orang yang mengamal dan menyebar fahaman, ajaran serta pegangan seum­pama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Orang Islam hendaklah menjauhi fahaman dan ajaran ini serta dilarang berpegang dan beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang mengikut dan mengamalkan ajaran itu hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT,” katanya dalam kenyataan.

Publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak serta apa-apa berkaitan dengan ajaran tersebut juga tidak dibenarkan serta disekat.

“Umat Islam hendaklah berpegang kepada pegangan ASWJ daripada aspek akidah berdasarkan manhaj Asyairah da Maturidiah dari segi syariah berpandukan mazhab Shafie serta mazhab muktabar yang lain seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×