Tambah hukuman sebat, penjara pesalah seksual kanak-kanak

Tambah hukuman sebat, penjara pesalah seksual kanak-kanak

KERATAN AKHBAR 25 DISEMBER 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hukuman melibatkan kesalahan gangguan seksual terhadap kanak-kanak perlu diperkasakan lagi dengan menetapkan hukuman sebat mandatori dan tempoh penjara minimum kepada pesalah.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie, Moeis Basri, berkata, hukuman ini perlu dilakukan kerana tiada tempoh minimum penjara dan sebat yang dikenakan bagi kesalahan gangguan seksual terhadap kanak-kanak setakat ini.

“Hanya ada beberapa bentuk kesalahan yang dimandatorikan sebat dalam akta tersebut tetapi tidaklah secara menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya cadangkan untuk kita kenakan hukuman penjara dan sebat ini secara lebih menyeluruh dan lebih berat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ahad lalu, akhbar ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat menyiasat kemungkinan 40,000 video dan gambar pornografi kanak-kanak serta dewasa yang ditemukan pada komputer milik 13 suspek yang ditahan, untuk dijual dalam media sosial atau sesawang gelap.

Dalam pada itu, Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata kerajaan dan penyedia perkhidmatan internet (ISP) perlu bekerjasama sebagai usaha untuk melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian.

“ISP perlu memainkan peranan lebih proaktif mengenal pasti dan menyekat akses kepada kandungan tidak bermoral serta memberi isyarat bahawa jenayah seperti ini tiada ditoleransi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini