ALOR SETAR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap diteruskan mengikut jadual walaupun berlaku banjir gelombang kedua. Ini berdasarkan kepada kesiapsiagaan semua pihak terlibat dalam menghadapi bencana banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut ini sehingga Mac tahun depan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, di peringkat kementerian itu, Op Payung akan terus diaktifkan bagi menangani semua isu yang terkait dengan persekolahan, peperiksaan dan bencana banjir. “Kita berdoa supaya tidak berlaku perkara tidak…