Komposer Rosli Selasih terlantar komplikasi diabetes

Komposer Rosli Selasih terlantar komplikasi diabetes

Muhd. Ali Zakariah (tengah) dan Aan Ways (kiri) menziarahi Rosli Selasih di Cheras hari ini..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal yang menghasilkan lagu popular dendangan kumpulan rock Melissa, Cinta Untuk Nabila, Rosli Md. Kasa, 63, atau Rosli Selasih kini terlantar sakit akibat penyakit diabetes.

Rosli yang dijaga isterinya, Rozalini Mat Ghani berkata, selain mengalami luka di bahagian kaki yang semakin pulih, penglihatannya kini kabur akibat masalah saraf.

“Saya kini hanya terbaring dan tidak dapat melakukan kerja-kerja seni seperti dahulu. Sejak 2021 saya perlu dirawat akibat penyakit kencing manis.

“Dalam keadaan kesihatan begini.Tiada lagi mana-mana pihak yang ingin menggunakan khidmat saya sebagai komposer. Maka kenalah saya berusaha berniaga sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan rakan artis penyanyi dari kumpulan WAYS, Aan dan Pengerusi 99 Pertubuhan Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd.Ali Zakariah di Cheras hari ini.

Rosli yang menghasilkan hampir 300 buah lagu berkata, pemuzik seperti dirinya semakin sukar untuk berkarya akibat saingan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang diguna secara meluas hari ini.

“Bila sakit begini sejak beberapa bulan lalu, pergerakan agak terhad oleh itu saya hanya melakukan kerja yang termampu untuk menyara anak-anak yang masih belajar di universiti tempatan.

“Saya pun tidak mahu bercerita kepada kawan-kawan masalah kesihatan saya. Hari ini kebanyakan rakan industri sealiran turut berhadapan masalah yang sama baiklah saya begini sahaja,”ujarnya.

Untuk rekod Rosli pernah menghasilkan lagu untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, kumpulan New Boyz, Anis Suraya dan ramai lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN