Skandal rasuah ADUN: Rakaman video tidak gambar cerita sebenar-Masiung

Skandal rasuah ADUN: Rakaman video tidak gambar cerita sebenar-Masiung

MASIUNG Banah semasa hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Rakaman video tersebut tidak menggambarkan cerita sebenar kerana ia disunting seolah-olah cerita itu berpihak kepada individu yang membuat rakaman berkenaan,”.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah mengenai rakaman video tular yang mengaitkannya dengan skandal berkaitan perolehan projek mineral di negeri ini.

Maka, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil pemberi maklumat yang membuat rakaman video tersebut untuk siasatan yang terperinci dan mengarahkan individu tersebut menyerahkan rakaman video perbualan sebenar.

Katanya, beliau percaya rakaman video berkenaan telah disunting dan ditokok tambah terlebih dahulu sebelum disiarkan.

“Kehadiran saya ke pejabat SPRM sebagai komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan pihak berwajib melakukan siasatan terperinci berhubung rakaman vedio tersebut.

“Pegawai SPRM mengambil masa selama dua jam 30 minit untuk merekodkan keterangan saya pagi ini dan saya berbuas hati dapat memberi kerjasama. Pegawai SPRM begitu profesional dan dedikasi ketika melakukan siasatan,” katanya.

Masiung turut mengalu-alukan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan memberi jaminan untuk memberi kerjasama sepenuhnya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak campur tangan politik yang dilihat sengaja memerangkap beberapa ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai komplot menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN