KOTA BHARU: Memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat memperbaharui lesen perniagaan di Kelantan hanya terhad kepada tujuh kategori perniagaan makanan dan minuman (F&B). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, tujuh kategori perniagaan berkenaan tidak melibatkan gerai-gerai di tepi jalan tetapi membabitkan perusahaan jenama besar dan dimiliki oleh majoriti bukan Melayu. Katanya, ia juga hanya berkait dengan premis yang dilanggan oleh orang…