SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin secara terbuka menyatakan yang beliau adalah ‘pemain dalam pasukan’ yang dikendalikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Penegasan itu sekali gus menepis dakwaan terdapat kem-kem dalaman parti membabitkan pemimpin tertentu sehingga dikatakan timbul keraguan di peringkat akar umbi mengenai ‘perpecahan’ tersebut. “Saya ini dulu masa muda pemain ragbi untuk universiti dan negeri. Ragbi ini sukan yang bukan…