RUU Majlis Media Malaysia dibentang minggu depan

RUU Majlis Media Malaysia dibentang minggu depan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah diluluskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, jika ada masa, ia (RUU) akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini (sidang Parlimen ini).

“Jika tidak, ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.

Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.

Majlis Media Malaysia adalah sebuah majlis media yang meliputi seluruh media di negara ini,  iaitu media cetak,  media elektronik (penyiaran) dan media internet.

Secara amnya majlis ini bertujuan untuk menjaga kepentingan akhbar dan media, sekali gus menjaga kepentingan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN