Rakyat Malaysia sumbang RM46,000, mayat mendiang Olivia dibawa balik ke Sabah

Rakyat Malaysia sumbang RM46,000, mayat mendiang Olivia dibawa balik ke Sabah

OLIVIA Richard yang ditemukan meninggal dunia di bandar Andong, Wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan pada Rabu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Keprihatinan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dalam menyumbang dana untuk membawa pulang mayat mendiang Olivia Richard,46, yang kini berada di Sungso Hospital Andong di Korea Selatan, amat dihargai keluarganya.

Adik mendiang, Dora Richard, 44, berkata, dia rasa bersyukur kerana paparan memohon bantuan dana yang dimuat naik di media sosial dan laporan berita yang disiarkan, membolehkan mereka berjaya mengumpul dana yang diperlukan untuk membawa pulang mayat mendiang kakaknya ke Sabah.

Setakat pukul 3 petang tadi, mereka telah berjaya memperoleh RM46,000 melebihi jumlah yang mereka perlukan untuk kos pengurusan di hospital dan seterusnya urusan membawa pulang mayat mendiang ke Sabah.

Antara pihak yang memberi sumbangan adalah kerajaan negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali.

Olivia yang berasal dari Kampung Novoung Papar telah berada di Korea Selatan selama hampir tiga tahun. Dia merupakan ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara sembilan hingga 14 tahun.

Mendiang ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di bandar Andong, Wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan pada Rabu.

Mayat mendiang akan dibawa pulang selepas proses bedah siasat di hospital selesai. Mayat mendiang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Libagu, Papar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN