PETALING JAYA: Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima baik penyelarasan pencen diumumkan kerajaan, tetapi menegaskan isu pokok berkaitan veteran yang bersara sebelum tahun 2013 masih belum diselesaikan. Justeru, Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar menggesa kerajaan memberikan keputusan muktamad sama ada isu pelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum 2013 akan diselesaikan atau tidak, bagi memastikan keadilan untuk semua. Katanya, pencen mereka hanya pada kadar 50 peratus gaji…










