Peniaga Rantau Panjang lelong barang tenggelam banjir

Peniaga Rantau Panjang lelong barang tenggelam banjir

SYAZWAN Usman membersihkan selipar dan premis perniagaan yang ditenggelami banjir di Zon Bebas Cukai, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Peniaga Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini melelong pelbagai barangan jualan di dalam premis mereka yang tenggelam air banjir sebagai salah satu ikhtiar mengurangkan kerugian.

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, barangan seperti pakaian, pinggan, peralatan kosmetik, selimut dan selipar dilelong pada harga serendah RM5 hingga RM10.

Seorang peniaga, Usman Muda, 59, berkata, dia berdepan risiko kerugian hampir RM10,000 apabila stok selipar dan beg di dalam premisnya tenggelam banjir.

Katanya, hampir 50 peratus barangan jualannya rosak selepas air naik hampir satu meter di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.

“Kebanyakan stok selipar kulit rosak manakala beg pula tercabut zip dan kotor sebab terendam lama dalam air.

“Nasib baik stok selipar getah tidak rosak teruk dan boleh dilelong. Kesemua stok jualan itu sudah diletakkan di atas rak yang tinggi, namun tetap tenggelam banjir,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Nurul Akma Ismail, 32, berkata, dia melelong pakaian yang ditenggelami banjir pada harga RM5 sehelai.

“Separuh pakaian di dalam kedai saya tenggelam akibat banjir. Saya sudah simpan semua stok itu di tempat tinggi, namun tidak menyangka banjir kali ini lebih buruk dari 2014.

“Saya perlu melelong murah-murah semua pakaian ini bagi mengelak kerugian besar,” ujarnya.

Seorang pengunjung, Akma Ab. Rashid, 38, dari Kampung Banggol Kulim berkata, dia membeli pakaian yang dilelong oleh peniaga kerana semua pakaian ahli keluarganya tenggelam banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya