Rugi lebih RM12 juta, 30 gelanggang sukan terpaksa diroboh

Rugi lebih RM12 juta, 30 gelanggang sukan terpaksa diroboh

ADAM ADLI Abd. Halim menandatangani plak selepas merasmikan Kompleks Sukan Pulse Play Melaka di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 30 gelanggang sukan di seluruh negara terpaksa diroboh dan dilupuskan melibatkan kerugian lebih RM12 juta sejak 2021.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, pelupusan gelanggang sukan terutama futsal itu membabitkan kos RM11 juta di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pula sebanyak RM1.4 juta.

Katanya, kementerian berjaya membaik pulih 356 gelanggang melibatkan kos RM10 juta di Semenanjung serta 28 gelanggang di Sabah dan Sarawak dengan nilai RM840,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tegasnya, pelupusan 30 ge­langgang itu terpaksa dibuat selepas ia tidak lagi digunakan, selain kos baik pulih yang akan melibatkan peruntukan besar.

“Selain tidak diselenggara, isu utama gelanggang ini tidak didaftarkan sebagai aset milik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana dibina atas tanah milik rezab negeri, persendirian, Felda, sekolah, Felcra dan kementerian lain.

“Bagi kemudahan sukan milik KBS yang berada dalam keadaan yang selamat dan boleh digunakan, kerja-kerja naik taraf serta baik pulih dapat dilaksanakan bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat digunakan oleh rakyat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kompleks Sukan Pulse Play Melaka di Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Adam Ali, setakat ini sebanyak 1,943 gelanggang futsal direkodkan di bawah kendalian KBS, 1,425 akan diserahkan kepada pemilik tanah dan 384 lagi diserahkan dengan kos baik pulih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN