Mohd. Shuhaily tolak pelantikan Timbalan Pengerusi Integriti FAM

Mohd. Shuhaily tolak pelantikan Timbalan Pengerusi Integriti FAM

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas faktor kekangan masa dan tanggungjawabnya di agensi berkenaan.

FAM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menghormati keputusan Mohd. Shuhaily itu serta merakamkan penghargaan atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu badan induk bola sepak negara memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus.

“FAM akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus FAM,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Mohd. Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pelantikan itu merupakan sebahagian daripada usaha FAM memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus dalam badan induk bola sepak negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN