Anak penjaga stor baja raih 9A SPM

Anak penjaga stor baja raih 9A SPM

ADIB Azrif Norazamze (dua dari kanan) ceria menunjukkan slip keputusan SPM kepada ahli keluarganya selepas meraih 9A di SMK Derma Kangar, Perlis semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Biarpun hidup serba kekurangan dan diuji pelbagai dugaan, ia bukan halangan buat Adib Azrif Norazamze,18, anak seorang penjaga stor baja, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam SPM 2024.

Kejayaan membanggakan itu menjadikan dia antara pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, di sini.

Adib Azrif berkata, dia tidak menyangka meraih keputusan cemerlang itu kerana semasa peperiksaan, dia dan keluarga berdepan pelbagai dugaan termasuk ayahnya, Noramzamze Teh, 47, terlibat dalam kemala­ngan jalan raya, Ogos tahun lalu.

“Seminggu sebelum menduduki peperiksaan percubaan SPM, ayah berdepan kemalangan jalan raya sewaktu menunggang motosikal hingga dima­sukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat patah tangan, kaki dan pendarahan otak.

“Malah semasa menduduki SPM, ayah masih belum pulih dan kami sekeluarga perlu bergilir-gilir menjaga ayah,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Adib Azrif berkata, dia perlu membahagi masa dengan baik untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga ayahnya yang tidak dapat bergerak sepenuhnya akibat kemalangan berkenaan.

Anak kedua dari tiga beradik itu berkata, dia sering mengulang kaji pelajaran pada waktu malam dan awal pagi.

“Alhamdulillah, biarpun di­uji dengan dugaan, saya dapat meraih keputusan lebih baik berbanding peperiksaan percubaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN